Monday, 9 March 2015

Taklimat Latihan 5S Bersama Pihak MPC

Untuk tahun 2015, Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Penyiaran Kuching membuka tirai perlaksanaan 5S dengan melangkah setapak lagi apabila mengundang beberapa orang pegawai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi memberi taklimat latihan khusus untuk warga kerja Jabatan Penyiaran khususnya untuk kerabat kerja 5S.
            Taklimat yang dipengerusikan oleh Haji Jamel Seman selaku Timbalan Pengerusi 5S, berlangsung pada 9 Mac 2015, Jaam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Direktorat, Jabatan Penyiaran Kuching. Pada sesi taklimat tersebut, jawatankuasa induk 5S telah diberi serba sedikit penerangan tentang tatacara kendalian 5S, peraturan serta tips-tips dari Encik Jerry Sharizal Abdul Aziz serta Puan Anis Farina dari MPC.
            Taklimat turut dilanjutkan lagi dengan sesi pembentangan amalan 5S yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penyiaran Kuching oleh Hajjah Maria Haji Salleh selaku penyelaras. Apa yang pasti taklimat tersebut telah sedikit sebanyak membuka minda jawatankuasa induk dalam merealisasikan amalan 5S dengan berkesan. Pegawai MPC tersebut turut mengadakan sesi tinjauan ke beberapa Zon 5S Jabatan. Sesi taklimat diakhiri dengan sesi bergambar serta minum petang bersama Timbalan Pengerusi.

No comments:

Post a Comment