Monday 9 March 2015

Gotong Royong Seksyen Radio

Pada Jumaat, 6 Maac 2015 yang lalu satu gotong royong dikalangan petugas-petugas seksyen Radio RTM telah diadakan. Gotong royong bermula seawal 9.00 pagi itu diadakan dalam suasana harmoni dan muhibbah.
         Hampir separuh dari warga Jabatan Penyiaran mengambil bahagian dalam amalan gaya hidup sihat tersebut. Ini adalah salah satu aktiviti tahunan yang diamalkan oleh Jabatan Penyiaran dalam menyahut saranan kerajaan dalam menjayakan misi 5S bagi tahun 2015. Memetik kata penyelaras Jawatankuasa Induk 5S Jabataan Penyiaran, Hajjah Maria Haji Salleh "Amalan gotong royong sebegini wajar dilaksanakan oleh semua kakitangan khasnya kakitangan Jabatan ini, bukan sahaja berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja bahkan amalan sebegini harus dipraktikkan menerusi jati diri lalu ianya akan menjadi satu sikap kendiri dalam seseorang itu, seperti amalan yang dilakukan dari negara Jepun. Ia juga adalah konsekuensi dari sikap kita terhadap konsep menghargai persekitaran kerja, what you give is what you get". Syabas team 5S Radio! - Team Promosi 5S (WJ)

No comments:

Post a Comment