Wednesday 16 April 2014

Mesyuarat Pertama 5S Jabatan Penyiaran Kuching

Sempena penubuhan pasukan 5S, Jabatan Penyiaran dengan julung kalinya mengadakan mesyuarat 5S yang dipengerusi oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, Puan Salmah Ibrahim Melina selaku pengerusi kepada pasukan ini pada 20 Januari 2014 yang lalu.
Untuk itu, beberapa perkara telah diatur bagi menjayakan misi 5S di jabatan ini agar mencapai sasarannya. Puan Hajjah Maria Haji Salleh selaku penyelaras telah membentangkan beberapa agenda menerusi slide bagi mencapai sasaran 5S untuk sesi 2014. Semoga hasrat murni untuk mengindahkan serta menyusun semula sistem kerja teratur dan selesa akan mencapai matlamatnya. Syabas diucapkan! -WJ


No comments:

Post a Comment