Friday 4 April 2014

Evolusi Sang Semut 5S

Sebuah kumpulan yang cemerlang dan berjaya harus berteraskan pada semangat pasukan yang jelas dan jitu. Kejayaan tidak akan mudah dicapai begitu sahaja tanpa dedikasi serta semangat juang yang utuh dalam diri demi mencapai apa jua matlamat. Untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan berjaya, kerjasama serta amalan bantu-membantu harus selalu dipraktikan.
Semut adalah lambang kerjasama yang terbaik dalam mencari ilham sebuah pasukan yang bagus. Kita sedia maklum bahawa karakter serangga ini atau nama saintifiknya Formicidae memiliki  prestasi  terbaik dalam kerjanya maupun dalam ketaatan kepada pemimpin, ketekunannya dalam menghadapi rintangan, kepekaan terhadap sekitarnya serta semangat pasukan yang jelas dalam koloninya. Budaya gotong royong dalam melakukan apa jua aktivitinya seakan-akan menyuntik inspirasi dalam amalan kehidupan harian kita khususnya dalam dunia sosial.
Justeru, pemilihan semut ini sebagai maskot bagi pasukan 5S Kuching, Sarawak adalah amat bertepatan sekali dalam merencanakan gerakan evolusi penyusunan semula persekitaran tempat kerja khususnya amalan tata gaya kerja seharian kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pastikan anda akan terus melayari blog ini untuk melihat perubahan dalam sedikit masa lagi! Dan pastinya anda juga bakal melihat Maskot 5S yang akan menghiasi laman blog ini!  - WJ

                                                         “A Change Would Do You Good”


No comments:

Post a Comment