Sebuah kumpulan yang cemerlang dan berjaya harus berteraskan
pada semangat pasukan yang jelas dan jitu. Kejayaan tidak akan mudah dicapai
begitu sahaja tanpa dedikasi serta semangat juang yang utuh dalam diri demi mencapai apa
jua matlamat. Untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan berjaya, kerjasama serta
amalan bantu-membantu harus selalu dipraktikan.
Semut adalah lambang kerjasama yang
terbaik dalam mencari ilham sebuah pasukan yang bagus. Kita sedia maklum bahawa
karakter serangga ini atau nama saintifiknya Formicidae memiliki prestasi
terbaik dalam kerjanya maupun dalam ketaatan kepada pemimpin,
ketekunannya dalam menghadapi rintangan, kepekaan terhadap sekitarnya serta semangat
pasukan yang jelas dalam koloninya. Budaya gotong royong dalam melakukan apa jua
aktivitinya seakan-akan menyuntik inspirasi dalam amalan kehidupan harian kita khususnya dalam dunia sosial.
Justeru, pemilihan semut ini
sebagai maskot bagi pasukan 5S Kuching, Sarawak adalah amat bertepatan sekali
dalam merencanakan gerakan evolusi penyusunan semula persekitaran tempat kerja
khususnya amalan tata gaya kerja seharian kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia.
Pastikan anda akan terus melayari blog ini untuk melihat perubahan
dalam sedikit masa lagi! Dan pastinya anda juga bakal melihat Maskot 5S yang
akan menghiasi laman blog ini! - WJ
“A Change Would Do You Good”
No comments:
Post a Comment