Wednesday, 25 June 2014

MARI KITA KENALI 5S!

Disediakan oleh: Azaz Azmi (25 Jun 2014)



Wednesday, 11 June 2014

Demi Ilmu Yang Dikongsikan

Perancangan untuk menyediakan beberapa ruang khas bagi tujuan mempromosi segala aktiviti 5S telah diatur bagi memastikan warga RTM mendapat info tepat serta terkini berhubung dengan 5S. Justeru, untuk tujuan tersebut satu diskusi telah diadakan di pejabat pengerusi 5S, Hajjah Maria Haji Salleh bagi tujuan tersebut. Beberapa perkara telah diketengahkan iaitu,penyediaan buntings 5S serta lokasi pemasangannya, penyediaan satu ruang bagi info terkini 5S, penyediaan sudut galleri 5S dan rancangan-rancangan promosi 5S menerusi media maya dengan lebih agresif. Selain itu, beberapa perkara tentang eksploitasi 5S terhadap sekitaran gaya atur pejabat juga ditekan dan warga RTM bakal dipaparkan susun atur pejabat dengan lebih tersusun menerusi info-info yang bakal diperkenalkan kelak. Pastikan anda alert dengan notis terkini dari team promosi 5S dan pastikan anda terus melayari blog ini!

"Kejayaan Tak Akan Tercapai Andai Membiarkan Tanganmu Kedalam Poket" - Wa Aji Semut

(Berikut adalah beberapa paparan foto Team 5S turun padang dalam menggiatkan lagi usaha promosi)


5S Gotong Royong Perdana RTM Kuching

Monday, 19 May 2014

GOTONG ROYONG PERDANA RTM KUCHING, 21 Feb 2014

Ucaptama sebelum bermulanya aktiviti gotong-royong perdana RTM Kuching




Pembahagian keperluan untuk aktiviti gotong-royong
















Sekitar aktiviti gotong-royong






Wednesday, 16 April 2014

Mesyuarat Pertama 5S Jabatan Penyiaran Kuching

Sempena penubuhan pasukan 5S, Jabatan Penyiaran dengan julung kalinya mengadakan mesyuarat 5S yang dipengerusi oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, Puan Salmah Ibrahim Melina selaku pengerusi kepada pasukan ini pada 20 Januari 2014 yang lalu.
Untuk itu, beberapa perkara telah diatur bagi menjayakan misi 5S di jabatan ini agar mencapai sasarannya. Puan Hajjah Maria Haji Salleh selaku penyelaras telah membentangkan beberapa agenda menerusi slide bagi mencapai sasaran 5S untuk sesi 2014. Semoga hasrat murni untuk mengindahkan serta menyusun semula sistem kerja teratur dan selesa akan mencapai matlamatnya. Syabas diucapkan! -WJ


Friday, 4 April 2014

Evolusi Sang Semut 5S

Sebuah kumpulan yang cemerlang dan berjaya harus berteraskan pada semangat pasukan yang jelas dan jitu. Kejayaan tidak akan mudah dicapai begitu sahaja tanpa dedikasi serta semangat juang yang utuh dalam diri demi mencapai apa jua matlamat. Untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan berjaya, kerjasama serta amalan bantu-membantu harus selalu dipraktikan.
Semut adalah lambang kerjasama yang terbaik dalam mencari ilham sebuah pasukan yang bagus. Kita sedia maklum bahawa karakter serangga ini atau nama saintifiknya Formicidae memiliki  prestasi  terbaik dalam kerjanya maupun dalam ketaatan kepada pemimpin, ketekunannya dalam menghadapi rintangan, kepekaan terhadap sekitarnya serta semangat pasukan yang jelas dalam koloninya. Budaya gotong royong dalam melakukan apa jua aktivitinya seakan-akan menyuntik inspirasi dalam amalan kehidupan harian kita khususnya dalam dunia sosial.
Justeru, pemilihan semut ini sebagai maskot bagi pasukan 5S Kuching, Sarawak adalah amat bertepatan sekali dalam merencanakan gerakan evolusi penyusunan semula persekitaran tempat kerja khususnya amalan tata gaya kerja seharian kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pastikan anda akan terus melayari blog ini untuk melihat perubahan dalam sedikit masa lagi! Dan pastinya anda juga bakal melihat Maskot 5S yang akan menghiasi laman blog ini!  - WJ

                                                         “A Change Would Do You Good”